Isnin, 7 Januari 2013

TEMUDUGA ESOK!

Esok aku ada temuduga dekat KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK dalam bidang seni kulinari, masa temuduga dari pukul 10 pagi-7 petang. Pakaian kemas, kena bawa masakan yang kita masak sendiri pergi sana. Nasib baik mak aku ada boleh tunjuk apa nak letak, kalau tak... Hahahaha, harap dapat la kolej tu, mak cakap tak payah la pergi, mak tak percaya aku boleh buat. Abah pun sama, tak percaya aku boleh buat, errmmmm. Tapi kalau tak dapat pun setidak-tidaknya aku mencuba. Kalau aku dapat aku akan buktikan yang aku boleh buat! Aku ingat FAHMIE dapat, lepas tu tengok komen dia dekat facebook tak dapat lagi.. Tak apa nanti dia dapat la tu. TIA dengan HAFIZ pun dapat, SHASHA cakap tak nak aku pindah sebab tak ada kawan yang nak dengar cerita dia lagi dan faham dia. Yekeee??? Kembang aku, semalam masa chat dengan HAZIQ dia cerita kisah dari mula dia kenal aku sampai la sekarang. Sweetnya dia!! Tak mungkin aku tinggalkan dia untuk lelaki lain!!! NEVER! Kalau ada perempuan lain kacau dia perempuan tu bertumbuk dengan aku dulu! Lainlah kalau tiba-tiba hati HAZIQ beralih arah, mintak jauh! Sayang oooo...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan