Pagi tadi aku date dengan HAZIQ, happy tapi sekarang aku aku rindu dia sangat-sangat.. Ceh, gedik je.. Haha.. Aku sekarang da pandai rindu dia, sebelum ni kalau tak jumpa sebulan pun tak apa, aku tak kisah. I LOVE HIM SO MUCH! Kalau dulu perasaan aku dekat dia masih samar-samar, macam nak tak nak je, tapi sekarang tak boleh tahan beb! Dia pandai ambil hati aku, jaga aku, romantik, manja, so adorable.. Ada satu hari tu, dia lamar aku, tapi tak la sampai melutut semua tu, dia cuma cakap nanti besar jom kahwin.. Direct, jelas, senang faham, sweet sangat dia. Hahahaha. Nanti kalau dapat sekolah vokasional tu, sedih la nak tinggalkan dia.. huhuhu.. Jiwangnya aku malam ni, dia punya pasal la ni, aku dah angau!
Jumaat, 28 Disember 2012
Selasa, 25 Disember 2012
KENANGAN :')
Masa tingkatan satu, ada seorang budak lelaki ni.. Dia nakal sangat dan suka kacau aku. Satu hari tu dia tiba-tiba je cakap aku ni awek dia, tapi aku tak marah pun, aku buat tak tau je. Dia cakap siapa buli aku siap orang tu, dan dia pernah cakap kat satu kelas nak bawak aku pergi dinner. Mula la kawan-kawan dia semua usik aku awek dia. Beberapa hari berlalu dan dia masih cakap aku ni awek dia, aku dekat kelas masa tu, NADHIRAH betulkan rambut aku pastu ada seorang kawan dia cakap NADHIRAH buli aku, dia macam tunjuk lagak la lepas tu, SHAHIDA marah la dia, SHAHIDA ckp dia tak layak untuk aku.. Sejak tu dia tak berani kacau aku, mungkin dia terasa kot. Masa tingkatan tiga tahun ni la, HELMI ke siapa entah cakap aku awek FAHMIE, yang lain tu sambung FAHMIE curang dengan SERI. Cikgu AZIHAN punya la sportingnya tanya aku betul ke, aku cakap mana ada.. Malu gila masa tu. Banyak lagi kenangan yang tak dapat aku ceritakan, panjang sangat kisahnya. :') Kenangan yang tak kan pernah dilupakan. Akan kekal dihati buat selama-lamanya. Cewahhhh !
Sabtu, 22 Disember 2012
MALU!
Semalam pak cik QISHA datang, tengok QISHA. Sambil tu sempat lagi dia usha aku.. Mak aku perasan, masa sarapan tadi mak aku cakap kenapa pak cik QISHA tu tengok adik je, aku gelak je la.. Abah aku lak menyampuk.. Mana satu ni, DBKL nak, ustaz nak.. Kena buat interview ni, hahaha. Malu kot, pak cik tu pun agak-agak la nak usha pun. Ish! Tau la comel.. haha.. SERIOUS malu.. HAZIQ lak awal-awal da rancang pasal masa depan kitorang. Kahwin masa umur dia 25 dan masa tu umur aku 23..ALLAH.. Aku dah mula senyum sorang-sorang.. Pastu dia cakap lepas kahwin baru kerja, haha.. Angan-angan yang INSYAALLAH akan jadi kenyataan. AMIN. :D ><
Jumaat, 21 Disember 2012
IMPIANKU!
Aku nak jadi seorang anak seni, seni lukis dan jurugambar. Disamping mengembara dan menjelajah ke tempat yang jauh dari kesibukan kota. Destinasi aku yang pertama tentunya kota MEKAH dan MADINAH. Aku ingin melihat keindahan KAABAH dan alami sendiri perasaan bila tiba disana. Baca dalam buku je tak puas rasanya. Insyaallah, aku harap ALLAH pilih aku untuk kerumahNya. Dalam buku aku baca pun nak menangis rasanya, iri dan cemburu dengan orang yang terpilih untuk mengunjungi rumah ALLAH. Berharap dapat mengucup HAJAR ASWAD, mengunjungi makam baginda RASULULLAH SAW dan makam NABI IBRAHIM, bahagia rasa hati dapat kesana. Destinasi kedua HUTAN AMAZON.. haha! Hidupan liar yang buas dan ganas.. Itu je la destinasi yang dapat aku fikirkan saat ini :)
Khamis, 20 Disember 2012
PUTERA IDAMAN
PRINCE CHARMING atau bahasa melayunya PUTERA IDAMAN, bukan hanya putera raja sahaja yang boleh dinobatkan sebagai PUTERA IDAMAN. PUTERA IDAMAN juga bukan mestiseorang lelaki yang berketurunan diraja. Namun, lelaki yang kacak, kaya, bijak, bergaya dan sempurna selalu ditabalkan menjadi PUTERA IDAMAN malahan menjadi rebutan gadis-gadis zaman sekarang. Namun mereka lupa tentang sesuatu. MANUSIA. PUTERA IDAMAN adalah manusia. Mereka bukan malaikat. Cuma yang bezanya cuma watak mereka dalam dunia ini. Mereka cuma kacak berduit, bergaya dan bijak. Tapi, itu tak bermaksud mereka ini ialah PUTERA IDAMAN. Seorang lelaki itu boleh ditabalkan sebagai seorang PUTERA IDAMAN biarpun tidak memiliki syarat-syarat PUTERA IDAMAN. Ramai yang tidak menyedarinya. - PRINCE CHARMING karya RATU BULAN.
Aku dah jumpa PUTERA IDAMAN aku. MUHD AL-HAZIQ. Biarpun tidak memiliki semua syarat-syarat PUTERA IDAMAN, dia tetap pujaan hati aku. :)
Aku dah jumpa PUTERA IDAMAN aku. MUHD AL-HAZIQ. Biarpun tidak memiliki semua syarat-syarat PUTERA IDAMAN, dia tetap pujaan hati aku. :)
Rabu, 19 Disember 2012
RESULT PMR!
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILAHI keputusan PMR aku wlaupun tak dapat 8A, aku tetap lulus. 3A4B1C, ini saja yang aku mampu setakat ni, SPM aku akan usaha lagi bagi semua A, abah bangga dengan keputusan aku :D Tapi mak~ Entahlah, mak cik mak cik aku suruh photostat slip nak tengok dapat berapa, mak aku cakap tak payahla..MALU je. Aku tau mak tak bangga dengan aku, maafkan adik mak, adik tak dapat buat mak bangga. Terima kasih ALLAH, math aku selalu E dulu sekarang dah B, terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar aku.. :) Terima kasih juga pada orang-orang yang mendoakan kejayaan aku.. Senyum walaupun hati sakit, lepas balik umah tadi pergi KFC dengan HAFIZ, FAHMIE and SERI.. Best, riuh dengan suara FATIN, terserempak dengan diorang yang lain kat KFC. FARAH kawan lama aku dapat 5A :) Dalam ramai-ramai geng kitorang aku je yang dapat A, yang lain tak ada A.. Tapi ALHAMDULILLAH geng kami tak ada sorang pun yang gagal :D Aku harap dapat pergi vokasional sebab aku tak tahan dah duduk rumah ni, sedih.. Tak tau macam mana lagi nak buat mak bangga dengan aku, aku nak pergi dari sini.. :'( Tapi apa pun.. AKU SAYANG KELUARGA AKU!! :D
Isnin, 17 Disember 2012
MOOD JIWANG
Terharunya aku baca novel PERCAYA ADA CINTA ni.. Hasil karya RYANA ADRINA, bagi peminat novel dan komik macam aku ni memang tak nak ketinggalan dapatkan novel terbaru di pasaran terutamanya bila novel tu karya pertama dari penulis. Entah sejak bila aku minat baca novel pun tak tau, pengaruh dari kawan-kawan la ni. Seiring dengan usia aku yang meningkat remaja mestinya lebih cenderung untuk menjadi lebih feminin, walaupun aku keluar pakai jeans dengan t-shirt lengan panjang je, dan walaupun aku tak pakai make up macam gadis-gadis di luar sana. Ada aku kisah? MY LIFE MY RULES!
LETIH..
Assalamualaikum.. Hari ini hari yang meletihkan, tadi pergi main badminton dengan ANNISA, HAFIZ, ARHAM, SERI, TIA, ANA, and AZREEN.. Diorang pandai main badminton, haha, letihnya.. Lepas tu pergi tasik pulak, joging katanya, padahal yang joging HAFIZ, TIA and ARHAM, kitorang yang lain lepak je dekat pondok. Lagi sehari keputusan PMR keluar, takut dan seronok pulak rasanya.. HAZIQ cakap nak jumpa aku kat tasik lepas dah ambil keputusan tu.. Risaukan math je takut gagal lagi.. Habislah, impian aku nak pergi sekolah vokasional. Rafiqah! Jangan fikir negatif, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Tapi aku ni bukan setakat sekali je gagal, tapi sepanjang tahun ni math aku tak pernah lulus. YA ALLAH.. Risaunya.. Bantulah aku YA ALLAH! HAFIZ lak senang je dia cakap, dapat keputusan tak payah tengok letak sumbat dalam beg, dah, nak pergi makan KFC, haha.. Apalah, FAHMIE pun ajak pergi makan KFC lepas ambil keputusan tu. Tapi ARHAM tak dapat ikut sebab pergi bercuti dengan keluarga dia, nanti dia telefon aku tanya kitorang semua dapat berapa. Keputusan dia pulak dia ambil hari lain. Tak tau kenapa aku rasa gugup bila berhadapan dengan ARHAM, mungkin sebab dah lama tak jumpa kot, hati aku milik HAZIQ. Aku pernah mengaku dekat ARHAM ftf aku suka dia, tapi dulu la.. Alhamdulillah, dia faham malah persahabatan aku dengan dia dan dengan yang lain makin rapat pulak...hihi.. Aku tak faham dengan SHASHA dan MR. BIKRAM dia tu.. Memang patut la MR. BIKRAM yang marah sebab SHASHA yang kenakan dia, alih-alih SHASHA pulak yang marah bila MR. BIKRAM tu cakap dia macam-macam. Kawan-kawan memang banyak ragamnya..haha
Ahad, 16 Disember 2012
SALAM PERKENALAN
Nama aku Rafiqah, umur 15 tahun, sekolah di SMK BTR, KL. Blog ini mengenai aku, all about me! Salam perkenalan :) Aku anak tunggal, tapi tak manja, ada buah hati bernama Muhd Al-Haziq b. Samsudin, insyaallah bakal isteri dia..hehe.. Aku mula duduk di KL masa umur 6 tahun, sebelum tu duduk dekat kampung sahaja. Budak kampung la katakan, masa umur 6 tahun aku duduk dekat kawasan Pandan Jaya, darjah 3 baru aku pindah dekat BTR, sekolah rendah di Taman Midah (2). Aku ada ramai kawan baik, kira satu kepala dengan aku : SHASHA kenal sejak darjah 5, ARHAM, FAHMIE kenal sejak tingkatan1, SERI, HAZIRAH (TIA) kenal sejak tingkatan dua, HAFIZ, FADLI, AZAM kenal tahun ni baru rapat, aku tengah mencari seorang lagi kawan baik aku FATHUL NASUHA, kenal sejak darjah 3, tapi dia dah pindah tak tau kat mana.. Aku rindu dia sangat-sangat!! Aku harap sangat dapat jumpa dia, tak lupa jugak FATIMAH yang dengar cerita dia belajar di Mesir, dia berdarah kacukan arab-melayu. Kenal darjah 6. Jadi itu saja yang dapat aku kongsikan hari ini. bye :)
Langgan:
Catatan (Atom)