Hari ni penentuan kelas.. Alhamdulillah, aku dapat masuk kelas akaun (SI), walaupun aku mengharapkan kelas seni (KS). Tapi tak apalah, aku akan cuba buat akaun.. Aku dan kawan-kawan aku yang lain ambil seni sebagai subjek tambahan, jadi setiap hari sabtu kena la pergi ke kelas cikgu OSMAN buat. Minat aku lebih kepada seni lukis, seni persembahan aku tak pandai. TIA pun dapat kelas SI tapi dia nak tukar ambil kelas sains (ST). Aku harap boleh bawa akaun ni, cikgu AZMAYANTI cakap ramai ambil akaun tapi masuk tingkatan 5 diorang drop, tak nak ambil dah, susah! Tapi sayang la, dah separuh jalan berhenti, sia-sia je la belajar masa tingkatan 4 kalau macam tu.. Aku tak nak berhenti buat kerja separuh jalan, biarpun abah aku tak yakin aku boleh bawak tapi aku akan buktikan aku pun boleh buat macam sepupu-sepupu aku jugak. Kakak sepupu aku suruh ambil sains, tapi aku tak nak, takut tak boleh bawa. Penatnya, facebook time! Got to go..
P/S: kata penat tapi sempat lagi online facebook pula..hihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan