Jumaat, 15 Mac 2013
Benci menyampah semua ada~!!!
Benci ar dia ni! Aku mintak tolong dia belikan topap dia belikan, ok yang tu, tapi!!! dia siap cakap 'penat g kedai, dah la skt perut'?? geramnye!! da tau skt x yah la g! da la tolong mcm x ikhlas, xnk tolong da ar!
Isnin, 11 Mac 2013
WTF!!!
WTF!!! Salahke kalau aku ambik SK semata mata sebab minat tapi tak ada cita2 pon nak jadi chef????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WTFFFFFFFFFFF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! FUCK AR~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! NANTI TUNGGU BALASAN KORANG!
Jumaat, 8 Februari 2013
ASSIGNMENT
Banyaknya assignment aku.. Kehidupan di asrama memang best!! haha.. Semalam ada aktiviti, kitorang kena buat drama english tema love story, berlatih dalam masa satu jam je lepas tu kena perform aku jadi suara latar je.. Nasib baik, haha, memandangkan NINA dengan JAI couple, so kitorang ambik diorang jadi watak utama drama tu. Yang paling best masa part yang last, JAI cakap I LOVE YOU dekat NINA..NINA pula macam dah blur tak tau nak balas apa, kitorang dan penonton yang lain pun jerit la suruh NINA cakap I LOVE YOU TOO dekat JAI, lma kitorang tunggu NINA cakap.. Pastu baru NINA cakap, kitorang pun bersorak la.. haha, maybe tak best bagi orang lain tapi bagi kitorang tu part paling best!
Khamis, 24 Januari 2013
SESAT! HAHAHAHAA
Aku sesat tadi kat asrama, tak jumpa pintu pagar.. Hahahahahahahahahaha
Apa la aku ni! Hari Isnin nanti aku kena pergi sana balik.. Maka bermualalah kehidupan aku di asrama itu, cewahhh... Ayat tak boleh blah la.. Esok aku nak menyibuk dekat sekolah lama tengok diorang koko, haha.. Bosan duduk rumah, nak call SERI la, ajak lepak esok..
PELIK BIN AJAIB
Apa yang pelik? Kawan aku seorang ni la *mengeluh* dia pinah ke tak sebenarnya..? Kesian AZAM, menangis dia sebab tak da kawan duduk sebelah dia nanti. Apa-apa la diorang ni, pelik-pelik~ Aku pula kena pergi asrama esok, hari tu tak dapat pergi sebab demam, so kena bagi surat MC, pening kepala la. Takut la pula esok, dah la aku terlepas banyak benda dekat asrama tu, jadual cuti semester aku dah dapat, belajar mula dari pukul 8 pagi- 5 petang. Lama kan? Nak dapat diploma punya pasal, vokasional tak perlu ambil SPM, so tak perlu fikir pasal tu. FAHMIE lak suruh aku ajar dia masak nanti, insyaallah nanti aku ajar dia masak. :) FAHMIE minat sangat masak, baguslah.. Dari aku ni, dah dapat vokasional baru nak masak..lalala~ Haha, teruknya aku..
Sabtu, 19 Januari 2013
:'(
Semalam aku call SERI, TIA dengan MICHIKO (FATEHA) pun ada kat rumah SERI, TIA cerita SHASHA menangis.. Masa TIA cerita dekat aku, aku pun nak ,menangis jugak..ermm... Kenal sejak darjah lima kot, dah la kelas asyik sama je, duduk sebelah-sebelah lagi..
Khamis, 17 Januari 2013
BFF! (GEDIK LAK AYAT NI)
Aku nak share gambar kitorang masa lepak TS
Dari kiri.. TIA, ANA, BELLA, AZAM, FAHMIE, ARHAM, DANIEL HAZIQ, APIZ, SERI dan AKU.. Aku harap diorang tak lupakan aku dengan APIZ, kitorang nak pindah dah..bye2 BTR.. -wadud sahabat-friend never end-icewatch- SAHABAT SELAMANYA- They like my second FAMILY, haha.. Tak lupa jugak NADHIRAH, SHAHIDA, ASNIDA, SYAFINA, walaupun tak rapat sangat, dan yang paling seronoknya dekat vokasional tu..Aku boleh bawa HANDPHONE & NETBOOK!!!!!!!!!!! Yeay!
Dari kiri.. TIA, ANA, BELLA, AZAM, FAHMIE, ARHAM, DANIEL HAZIQ, APIZ, SERI dan AKU.. Aku harap diorang tak lupakan aku dengan APIZ, kitorang nak pindah dah..bye2 BTR.. -wadud sahabat-friend never end-icewatch- SAHABAT SELAMANYA- They like my second FAMILY, haha.. Tak lupa jugak NADHIRAH, SHAHIDA, ASNIDA, SYAFINA, walaupun tak rapat sangat, dan yang paling seronoknya dekat vokasional tu..Aku boleh bawa HANDPHONE & NETBOOK!!!!!!!!!!! Yeay!
SEDIH + HAPPY
Hari ni aku pergi KFC dengan kawan-kawan, diorang belanja aku dengan HAFIZ sebab nak pindah dah, hari ni jugak aku last sekolah. Esok pergi sekolah untuk hantar buku teks dengan ambil tandatangan pengetua, ada urusan lain lepas tu. Sedih, dah 4 tahun sekolah sini dan kenal diorang, cepatnya masa berlalu. Esok mungkin tak jumpa diorang dah :'( Happy sangat ada kawan macam diorang, kawan TERBAIK !! Tadi aku jumpa HAZIQ, diorang semua usik aku.. haha, malu i taw~ HAZIQ bagi aku rantai huruf A, nama panggilan kitorang mula huruf A, SEDIHNYA!!! :'(
SSERI kata dia menangis dengar lagu ni, buat aku jadi lagi sedih :'(
Isnin, 14 Januari 2013
LAST WEEK IN BTR
Last week! Ermm.. Malas pulak nak pindah, rasa janggal. Sedih la pulak.. Adoiiii!!!!!! Ayoyo..aishhh.. Dah mula nak merapu ni.
Jumaat, 11 Januari 2013
VOKASIONAL AKU DATANG!
Aku dah semak online, permohonan aku diterima masuk. Tapi dekat SETAPAK je la, dekat kan? Hehehe, alhamdulillah.. Aku nak kongsi lagu yang paling aku minat, AINAN TASNEEM 150 JUTA.
Lagu ni aku selalu hantar dekat HAZIQ, secara tak lansung ingatkan sikit perangai buruk aku..haha, Walaupun tak semua perangai aku ada dalam lagu ni.
Rabu, 9 Januari 2013
LULUS!
Aku lulus temuduga hari tu, tapi kena tengok keputusan dulu melalui online. Harap-harap dapat, tapi sayang la nak tinggalkan sekolah BTR ni, ramai kawan.. Banyak kenangan, diorang tnye aku kenapa tak bagi tau aku temuduga semalam, dah orang tu telefon lepas aku balik sekolah, so aku bagitau melalui facebook je la. Aku akan rindu diorang! Kesian FAHMIE, dia nak sangat masuk vokasional, aku harap dia dapat. TIA hari ni sepatutnya pergi temuduga, tapi dia tak nak, sayang sekolah ni katanya. Dia dapat dekat JUASEH, jauh jugak la..Biar la dia.. Asalkan dia gembira.. Poyo je ayat!
Isnin, 7 Januari 2013
TEMUDUGA ESOK!
Esok aku ada temuduga dekat KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK dalam bidang seni kulinari, masa temuduga dari pukul 10 pagi-7 petang. Pakaian kemas, kena bawa masakan yang kita masak sendiri pergi sana. Nasib baik mak aku ada boleh tunjuk apa nak letak, kalau tak... Hahahaha, harap dapat la kolej tu, mak cakap tak payah la pergi, mak tak percaya aku boleh buat. Abah pun sama, tak percaya aku boleh buat, errmmmm. Tapi kalau tak dapat pun setidak-tidaknya aku mencuba. Kalau aku dapat aku akan buktikan yang aku boleh buat! Aku ingat FAHMIE dapat, lepas tu tengok komen dia dekat facebook tak dapat lagi.. Tak apa nanti dia dapat la tu. TIA dengan HAFIZ pun dapat, SHASHA cakap tak nak aku pindah sebab tak ada kawan yang nak dengar cerita dia lagi dan faham dia. Yekeee??? Kembang aku, semalam masa chat dengan HAZIQ dia cerita kisah dari mula dia kenal aku sampai la sekarang. Sweetnya dia!! Tak mungkin aku tinggalkan dia untuk lelaki lain!!! NEVER! Kalau ada perempuan lain kacau dia perempuan tu bertumbuk dengan aku dulu! Lainlah kalau tiba-tiba hati HAZIQ beralih arah, mintak jauh! Sayang oooo...
Sabtu, 5 Januari 2013
MAINAN TRADISIONAL
Hari-hari aku rasa hujan, best tidur, dengar lagu yang boleh kembalikan memori ke masa lalu. Tergelak sorang-sorang ingat masa lalu, alam kanak-kanak yang seronok duduk di kampung, lasak sangat. Berlumba, main baling selipar guna bola takraw, memang la sakit kalau kena tapi sekejap je, lepas tu tenggelam balik dalam keseronokan bermain, main layang-layang dekat tengah bendang sawah, main tarik upih kelapa, macam-macam permainan kitorang boleh main dekat kampung tu, senapang buluh, senapang terung belanda, sumpit, semua ni bukan aku dengan sepupu-sepupu aku yang buat tapi pak ngah aku yang tolong kitorang buat. Tapi sayang generasi sekarang dah tak main benda-benda ni semua, diorang lebh selesa duduk rumah main iPHONE, LAPTOP, IPOD dan macam-macam lagi teknologi lain lagi, zaman semakin berubah, tiada lagi permainan seperti ni kecuali di kampung-kampung yang masih mengamalkan alat-alat tradisional. Aku semakin membesar, umur kian bertambah, aku semakin rindu pada masa lalu. Tak akan aku lupa semua tu, sampai akhir hayat.. :')
Jumaat, 4 Januari 2013
TERLUKA DALAM DIAM
Tarik nafas, lepas, tarik nafas, lepas.. Ramai lelaki muncul dalam hidup aku tapi dalam ramai-ramai tu aku tetap tak boleh lupakan MR. N.. Kalau SHASHA MR. B, aku MR. N.HEHE. MR. N ni masa mula-mula kenal dia dulu melalui kawan aku, oramg Kedah. So aku pun teruskan je la.. Lepas 6 bulan, dia mula menjauhkan diri, dia cakap dia suka kawan aku, tapi kenapa dia minta couple dengan aku?? Dia juga cakap kat kawan aku dia bosan couple dengan aku, masa aku dengar tu aku cuba cover rasa sedih. Lepas tu dia mula menjauh, aku tak tau apa salah aku. Sejak tu aku pun mula cari yang lain, masa tu la aku jumpa MR. I, tapi 6 bulan je kitorang putus, panas baran.. Selalu marah aku, tak tahan aku. Lepas tu baru jumpa dengan HAZIQ ni.. Hehe, tapi aku rasa tak sedap hati :( MR. N ada call aku, tapi aku tak pernah jawab pun call dia. Cukuplah aku sakit hati dengan dia yang cuma berpura-pura sukakan aku, sedih sangat! Tak apalah, tu cuma kisah silam aku.
Khamis, 3 Januari 2013
PENENTUAN KELAS
Hari ni penentuan kelas.. Alhamdulillah, aku dapat masuk kelas akaun (SI), walaupun aku mengharapkan kelas seni (KS). Tapi tak apalah, aku akan cuba buat akaun.. Aku dan kawan-kawan aku yang lain ambil seni sebagai subjek tambahan, jadi setiap hari sabtu kena la pergi ke kelas cikgu OSMAN buat. Minat aku lebih kepada seni lukis, seni persembahan aku tak pandai. TIA pun dapat kelas SI tapi dia nak tukar ambil kelas sains (ST). Aku harap boleh bawa akaun ni, cikgu AZMAYANTI cakap ramai ambil akaun tapi masuk tingkatan 5 diorang drop, tak nak ambil dah, susah! Tapi sayang la, dah separuh jalan berhenti, sia-sia je la belajar masa tingkatan 4 kalau macam tu.. Aku tak nak berhenti buat kerja separuh jalan, biarpun abah aku tak yakin aku boleh bawak tapi aku akan buktikan aku pun boleh buat macam sepupu-sepupu aku jugak. Kakak sepupu aku suruh ambil sains, tapi aku tak nak, takut tak boleh bawa. Penatnya, facebook time! Got to go..
P/S: kata penat tapi sempat lagi online facebook pula..hihi
Rabu, 2 Januari 2013
SELAMAT TAHUN BARU! PENGETUA PUN BARU! ISH!!
Selamat tahun baru semua! 2012 yang penuh bermakna dah pergi, 2013 datang menyambung.. Hari pertama sekolah tahun 2013 di tingkatan 4 rasa lain macam la. Subjek yang akan dipelajari lebih sukar dari dulu.. You can do it Rafiqah!! Aku ambik account dengan KS. Syaila cakap 'kenapa ambil KS, kau kan 3A'.. Aku pun cakap la 'sebab minat'.. Di sekolah ni kelas KS dianggap bodoh dan tak setanding dengan kelas ST dan SI. Tapi tak bagi aku, tak semua budak kelas tu BODOH! Ada antaranya lebih pandai dari ST dan SI, tapi sebab minat yang mendalam dalam bidang seni, diorang pun ambil la kelas tu untuk belajar.. Tak faham aku, diorang dalam kelas tu pun manusia bukan haiwan nak dihina sesuka hati. Dunia-dunia~ Ada pengetua baru masuk tadi, perempuan.. Ada ke dia cakap sekolah kitorang macam hutan, kurang ajar dan kurang adab. Nama je pengetua, perangai macam apa entah. Dia cerita tentang anak dia kembar tiga, dapat masuk suratkhabar sebab dapat anugerah dekan dalam bidang elektronik. So what?? Cikgu OSMAN dengan cikgu NORIN dah pandang lain macam dekat pengetua tu.. Suka hati je nak kutuk sekolah kitorang.. Pengetua tu dulu dari sekolah budak perempuan je.. Tu pun bangga ke? Macam baik sangat sekolah tu. Dia siap suruh semua orang pakai tudung, takkan la budak lelaki dengan budak perempuan cina dengan india kena pakai tudung jugak.. Sian AMY tadi, kena kutuk dengan pengetua, AMY kan dua alam.. Depan perhimpunan lagi.. Tak guna betul, tak boleh cakap elok-elok ke? Baru hari pertama sekolah dah kena kutuk dengan membebel, pengetua lama lagi best dari pengetua baru ni.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)