Rabu, 19 Disember 2012

RESULT PMR!

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILAHI keputusan PMR aku wlaupun tak dapat 8A, aku tetap lulus. 3A4B1C, ini saja yang aku mampu setakat ni, SPM aku akan usaha lagi bagi semua A, abah bangga dengan keputusan aku :D Tapi mak~ Entahlah, mak cik mak cik aku suruh photostat slip nak tengok dapat berapa, mak aku cakap tak payahla..MALU je. Aku tau mak tak bangga dengan aku, maafkan adik mak, adik tak dapat buat mak bangga. Terima kasih ALLAH, math aku selalu E dulu sekarang dah B, terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar aku.. :) Terima kasih juga pada orang-orang yang mendoakan kejayaan aku.. Senyum walaupun hati sakit, lepas balik umah tadi pergi KFC dengan HAFIZ, FAHMIE and SERI.. Best, riuh dengan suara FATIN, terserempak dengan diorang yang lain kat KFC. FARAH kawan lama aku dapat 5A :) Dalam ramai-ramai geng kitorang aku je yang dapat A, yang lain tak ada A.. Tapi ALHAMDULILLAH geng kami tak ada sorang pun yang gagal :D Aku harap dapat pergi vokasional sebab aku tak tahan dah duduk rumah ni, sedih.. Tak tau macam mana lagi nak buat mak bangga dengan aku, aku nak pergi dari sini.. :'( Tapi apa pun.. AKU SAYANG KELUARGA AKU!! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan